Monday, December 28, 2009

'ROMANTIKNYA"

Sepasang kekasih pergi bercuti. mreka bercadang untuk tidur didalam khemah ditepi pantai. dalam hati gurl itu berkata "romantiknya pakwe aku"... setelah lewat malam mereka masuk khemah untuk tidur..... tetibe saja si gurlz di kejutkn pakwenya tgh2 mlm bute..lalu sipakwe tu berkata boyz: "sayang u nmpk x ape yg i nmpk?"

lalu dilihatnyer si gurlz beribu bintang dilangit dengan angin yang menderu menusuk kalbu.....

gurlz: "waahhh, cantiknyer bintang2 tu.. u sngaja kejutkn i tgh2 mlm ni wat surprise kat i?? Romantiknyerrr sayangggg... So sweeeet.. muahhhh .. i akan ingat detik ni sampai bila bila.!!,"

boyz: " bukan itu maksud i sayang....." dengan nada sedih..

gurlz: "abis tuuu?"



boyz: "KHEMAH KITE KENA CURIIIKKK LAAAAA!!!!"

"AYAT CINTA ZAMAN SEKARANG"


Walau lautan api,

aku akan naik bot untuk rentasnye,

ye la, takkan gile nak berenang kan.

Walau setinggi gunung,

aku sewa helikopter ,

ye la, nak daki mane larat.

Walau duit antaran rm100000,

aku akan tetap tikam nombor,

nak kerja, malas ahhh.

Walau mak pak ko tak bagi,

aku tetap nak jugak,

akan ku langgar diorang dengan kapcai abang aku.

Walau ade prempuan lain,

takkan ku curang,

melainkan die lagi cantek.

"TERLAMPAU PANDAI"

pade suatu ari disekolah rendah hem hem.. pada pukul 10.15am waktu rehat didalam kelas darjah 2 lembab..amin ternampak kawannye,samad,tgh menguap sambil mengigit....dia berasa hairan dan bertanya kepada samad

amin:apsal ko menguap sambil mengigit??.

samad:ustad kate kalau menguap x tutup mulut syaitan masuk kan...

amin:yeee..habis nape ko mengigit??

samad:ye la..mesti syaitan x leh masuk sebab aku gigit die..hehehe

"BOWLING"

erm dalam minggu lepas je 2 kali aku main bowling. memang best giler.. lama tak main.. tapi yg paling best main ngan my geng. kelakar macam nak golek golek je kat tempat bowling tu.. lama tak main. asyik masuk lonkang je.. tapi nasib baik masuk longkang. kalau kebelakang.. camner tu.. saper nak jawab.. uuu. agak saper yg nak gi main bowling tu ajak2 la aku. lagi kalau yg ajak tu belanja hehe dapat gak pahala kan,.. beriadah sama2..

Monday, November 30, 2009

"KALIMAH ALLAH"

SELALU AKU LIHAT KAT MAJALAH, DALAM SURAT KHABAR ATAU INTERNET ATAU KAWAN KAWAN CERITA. TAPI KALI NI AKU LIHAT DEPAT MATA AKU SENDIRI. DAGING KORBAN ADE KALIMAH ALLAH. DEKAT BUKIT BELACHAN. KAT BUKIT SUNGAI PUTEH LA UMAH AKU.. HEHEHE TERKEJUT LA JUGAK KAN.. MELIHAT KEBESAN ALLAH swt..

"NASIBKU"

SATU DEMI SATU KEJADIAN MENIMPAKU. MUNGKIN BALASAN DOSA DOSAKU.. ENTAHLAA. MUNGKIN PERINGATAN BUATKU. DALAM TAHUN NI DEKAT 3 KALI AKAU EKSIDEN. YG BARU SEMINGGU LEPAS RAYA. EKSIDEN NGAN KETA. MOTOR KU LANGGRA KERETA. HANCUR GAK LA MOTOR AKU. TAK SAMPAI SEMINGGU MOTOR AKU KUAR BENGKEL DAH KETA AKU PULAK JADI MANGSA. KERETA AKU DIREMPUH PEMANDU MABUK. NASIB BAIK AKU DEKAT LUAR KERETA. KALAU AKU KAT DALAM KETA MAU PATAH RIUK AKU. TAK PUN NYAWA MELAYANG. KU PUN LAGI SEINCI MACAMTU LA NAK KENA LANGGAR JUGAK. AKU TERASA ANGIN YG KUAT.. LAJU GAK KETA TU. DALAM 140 ATU 150 KM/J OOOOOOOO. MATI AKU KALAU KENA...

Thursday, November 26, 2009

kesana sini kita mencari,
ayam lembu sudah lari,
kita pun terpikir apsal ni,
rupanya raya korban(HAJI) datang lagi,


SELAMAT HARI RAYA HAJI. KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DIMUKA BUMI .. HHEEH DAGING KORBAN TU HULUR LA SIKIT. HEHEHE

Friday, November 20, 2009

"RENUNGKAN"

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah sesuatu yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”

(HR. Tirmidzi)
p/s: Hati manusia boleh berubah ibarat pantai.

"KEMBALI"

A'kum sahabat sahabat yg disayangi dunia akhirat. aku doakan kalian sihat dan dimurahkan rezeki dimana sekali berada. Rindu nyer aku nak update blog.. start aku eksiden tu dah update update blog aku.. wawawa.. ni baru nak update balik. lagipun bz. ramai gak kat ym yang tanya aku apsal tak update blog.. saje je nak bagi korang rindu kat aku. hehehe. rindu gak rupanya ye..mesti ade yg cakap aku poyokan.. hehe dah tau dah.. hehehe .. motor aku pun baru je hantar kedai. padahal dah sebulan uu..wawawawa.

Monday, October 12, 2009

"LEMBUNYA CITER"

Pada suatu hari, Jejai telah kehilangan 4 ekor lembu miliknya. Dia terus membuat laporan polis. Setelah 3 hari melakukan operasi, pijak polis telah berjaya menangkap pencuri tersebut, iaitu Hitler.
Polis : Kamu ditahan kerana telah mencuri lembu milik Jejai. Adakah kamu mengaku salah?
Hitler : betul tuan
Polis : Berapa ekor yang kau curi?
Hitler : Seekor saja, tuan
Polis : kamu tak tipu?
Hitler : Betul tuan.. saya cuma curi seekor saja
Polis : Tapi, Jejai kata, kamu telah mencuri 4 ekor lembu miliknya
Hitler : betul tuan, saya tak tipu, yang saya curi cuma seekor
Polis : kamu jangan cuba berbohong. Jejai kata, akan lepaskan kamu kalau kamu cuma curi seekor. Tapi kamu akan dihukum penjara kalau mencuri lebih dari seekor
Hitler : Betul tuan, cuma seekor. saya cuma mencuri ibu lembu tapi, bapak lembu dan 2 ekor anaknya mengikutinya, tuan

"IMPIAN"

INI LA KETA IMPIAN AKU FAIRLADY Z. AGAK2 AKU LEH PAKAI ATAU TAK. ENTAH LA. AKU TENGAH BERUSAHA LA UNTUK MENCAPAI IMPIAN AKU NI. SUSAH JUGAK. SAMA SAMA LA KITA TENGOK AKU BERJAYA ATAU TIDAK. KORANG DOA DOAKAN LA SEMOGA AKU BERJAYA TAU. MUAHH MAUH. LOVE U ALL

Wednesday, October 7, 2009

"KEMBALI"

RINDUNYA AKU NGAN BLOG AKU. LAMA DAH TAK UPDATE RINDU SESANGAT BUKAN SENGAJA TETAPI AKU TELAH DITAKDIR KAN UNTUK MENJADI SALAH SATU MANGSA KEMALANGAN DI JALAN RAYA. HEHEH HABIS MOTOR AKU. BARU KELUAR BENGKEL. BARU SEBULAN KAT JALAN RAYA DAH EKSIDEN BALIK. WAWAWA. NASIB BAIK LA AKU TAK APER APER. CUMA KECEDERAAN BIASA. JUST TANGAN JE SAKIT SAMPAI SEKARANG. BELAH KANAN. TAKLEH NAK ANGKAT TINGGI TINGI. MUNGKIN KESAN HENTAKKAN.MASA TU AKU NAK GI MAIN FUTSAL PUKUL 1 PAGI. OTW MASA NAK PERGI TULA BERLAKU NYA KEMALANGAN. KERETA YG AKU LANGGAR TU DIA TAK BERENTI MASA LAMPU MERAH. LAMPU AKU HIJAU.. ERMMM MASA BERLAKU TU RAMAI LA PULAK ORANG. DARI LENGANG JE JALAN TU SAMAPI PENUH. POLIS PUN DATANG HUHU. PASTU TUNGGU AMBULAN.LAMA GAK TUNGGU AMBULAN TU. HUHUU JENUH LA.. DAH TEMPAT AKU BARING ADE SEMUT API. HUHUHHUHUU.

Friday, September 25, 2009

"TANDAS"

CERITA NI BERLAKU KALAU TAK SILAP AKU TAHUN NI JUGAK LAA. IA BERMULA APABILA ADIK SEDARA AKU NAMANYA AIMAN (GAMBAR BUDAK DIATAS). BUDAK NYER CERDIK. BANYAK BERTANYA TAPI PELAT. AIMAN NI NAK BUANG AIR BESAR(YAK) PASTU DIA BAGI TAU KAT KAKAK SEDARA DIA. KIRA SEDARA AKU GAK LA NAMANYER NOR(NAMA MANJA) PASTU NOR NO PUN BAWA LA DIA GI TOILET PASTU MASA SI AIMAN NI YAK DIA NGANGA MULUT LEPAS TU BERLAKU LA DIALOG SEPERTI DIBAWA:

NOR:AIMAN MASA YAK KENA TUTUP MULUT TAU,

AIMAN:KENAPA ?

NOR:NANTI BAU BUSUK

AIMA: KENAPA. KALAU TUTUP MULUT DIA BAU WANGI KER? (SAMBIL TUTUP MULUT)
TAK WANGI PUN

NOR: $$$#@6!8XX

HHAHAHHAA
MEMANG CERDIK BUDAK NI
GERAM JE AKU NGAN DIA

"AKU KE KUBUR"

AKU KEKUBUR ARWAH TOK AKU. AKU SAYANG SANGAT TOKAKU. DIA BAIK SANGAT NGAN AKU. DIA MENINGGAL MASA TU ARWAH NAK PERGI MENGAJI. LAMA DAH. DIA MENINGGAL MASA TU UMUR AKU DALAM 4 ATAU 5 TAHUN. AKU INGAT LAGI. MASA LEPAS KEBUMIKAN ARWAH TOK AKU. SEMUA DAH BALIK. KECUALI AKU NGAN ABG SEDARA AKU (HAFIZ) ABG SEDARA AKU MASA UMUR DIA 6 TAHUN KOT..KAMI BERDUA JE MASIH DUK KAT KUBUR. MASA TU HUJAN RENYAI MAK AKU CARI AKU NGAN ABG SEDARA AKU TAK JUMPA .LAMA GAK DIORANG CARRI AKU. LEPAS TAK JUMPA KELAM KABUT LA... SEMUA ORANG CARI AKU. LAST LAST DIORANG JUMPA AKU NGAN ABG SEDAR AKU KAT KUBUR. DIORNG TANYA APSAL TAK BALIK .APSAL DUK SINI.. AKU PUN CAKAP.. NAK TEMAN ATUK, TAKUT DIA LEMAS HUJAN TURUN NI. NANTI AIR MASUK DALAM TANAH NI.(KUBUR LA TU).. NAK TERGELAK PUN ADEHEHEHE

'HARI HARI RAYA"

HARI RAYA PERTAMA PAGI COMFIRM LAAA KENA G MASJID SEMBAHYANG RAYA. RAMAI GAK ORANG GI SEMBAHYANG RAYA KAT MASJID BARU KAT KAMPUNG AKU TU... PASTU SEMPAT LA TANGKAP GAMBAR KAT MASJID TU HEHE.. LEPASTU BALIK UMAH LAA MAKAN KEMUDIAN KITAORANG TANGKAP GAMBAR RAMAI RAMAI LAK. TAPI TAK BAPER BEST.. ADE BAPER KERAT JE KETURUNAN KITAORANG.. RAMAI YG TAK BALIK.. ADE YG BERAYA UMAH MAK MERTUA . ADE YG TAK CUTI... WWA. TAPI KIRA OK LA DARI PADA TAKDEEE

"SEHARI SEBELUM RAYA"

SEHARI SEBELUM RAYA MACAM MACAM KITARORANG BUAT LETIH ..TAPI AKU RELAK JE. YELA AKU TAK WAT KERJA PUN. PIC TU PUN EKSYEN JE HEHE. SESEKALI KENA SUASANA KAMPUNG BEST GAK. GI CARI BULUH, KERJA AYAM NAK BUAT RENDANG. DEKAT 10 EKOR JUGAKLA.. HEHE (PADAHAL AMIK DALAM REBAN JE) PASTU MANDI SUNGAI. BUKAN JAUH PUN. BELAKANG UMAH JE SUNGAI TU. TERJUN IKUT TINGKAP JE. HEHE. TAPI YG PALING BEST JUMPA ANK SEDARA SEPUPU.. WAOOO BEST GILEEER . MACAM MACA KERENAH ADE. GERAM JE TENGOK BUDAK BUDAK NI.. TAMBAH TAMBAH LAGI YG BARU NAK BELAJAR JALAN.. SIBUK GAK NAK MAIN .. HEHHE

Thursday, September 17, 2009

"BALIK KAMPUNG"

ermm hari ni mula ramai yg balik kampung kan.aaa.. aku masih di kL lagi. esok baru balik.atau mungkin sabtu pagi.mesti sesak kan.letih nak tunggu sampai kampung.wawa. ni aku baru balik dari kedai motor. motor aku rosak. kena dekat RM200.00 ... baru ingat nak belanja raya duit tu. dah kena bayar motor wawasa. nak wat camner . bayar jela . kalau tak. tak bergerak motor tu.ermm. letih nya duk kat opis.. letih nak tunggu waktu balik... hehe. kepada yg dah mula balik kampung tu hati hati la yeer. daa

Monday, September 14, 2009

"DARI MEJA PENULIS"

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PERMBACA BLOG NI DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG SUDI MELUANGKAN MASA MEMBACA BLOG INI WALAUPUN NI BLOG INI TIADA APA APA PUN YG MENARIK. SAYA MEMOHON MAAF SEANDAINYA ADE MENGURIS HATI MANA MANA PIHAK IA TIDAK DISENGAJAKAN. DIKESEMPATAN INI SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI YG AKAN MENJELMA BEBERAPA HARI LAGI.KEPADA PENGGUNA PENGUNA JALAN RAYA BERHATI HATI DAN BERTIMBANG RASALA. BUKAN KITA SAJA YANG MENGGUNAKAN JLAN RAYA. SEKALI LAGI SAYA MEMOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.

YANG IKHLAS
LANUN_TIMUR

"RAYA"

HARI RAYA MENJELANG TIBA,SANAK SAUDARA RIANG GEMBIRA,PUASA TAK HABIS BELUM DIKIRA,RAYA DAH SAMBUT SEBELUM MASA. HEHEHEHEHEH. HHYEEE KENGKAWAN.. RAYA DAH NAK DEKAT .. KORANG DAH STANBY NAK BERAYA KER. AKU?BAJU RAYA PUN TAKDE LAGI ,TAK STANBY APER APER PUN, DUIT PUN TAKDE HEHE. HARAP DUIT BONUS JE KALAU ADE HEHE. GAJI TAK YAH CAKAPLA BELUM MASA PUN DAH HABIS BAYAR ITU BAYAR INI HE.CAMRNER TU NAK RAYA.KORANG RAYA KAT NER TAHUN NI. AKU BALIK KAMPUNG LA CAM BIASA KAT KUALA KANGSAR. DEKAT JE . DUA JAM PERJALANAN SAMPAI LAA. TAK MACAM ZAMAN HANG TUAH DULU, 11 PURNAMA BARU SAMPAI HEHE. ITULA KITA ZAMAN MAKIN BERUBAH KAN. APER YAG AKU MELALUT NI.. TAKDE APER JUST AKU NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KAT KORANG KAN DAH NAK DEKAT DAH. TAK SAMPAI SEMINGGU LAGIKAN.. OK LA. DAA. AKUM

Wednesday, September 9, 2009

"TAK KERJA"

hari dalam sejarah aku tak pergi kerja sebab aku terlambat bangun. aku pun tak tau kenapa aku terlambat bangun. padahal tidur semalam kul 1 pagi.biasa latu.dah lambat tu satu kalau terbangun kul 10 ker 11 ker leh la gi aku gi kerja. ni masalah nya bangun pukul 2.30 petang. giler aper. aku memang tak sedar.sedar sedar je kul 2.30 pastu aku tengok kat hp dekat 10 mis call. bos aku kerani aku member aku. ramai kol. tapi tak dengar. aku pun tak tau kenapa.wawa.sian kat aku tak gi kerja.dah la puasa hari ni.entah mcam mana pahala puasa aku di kira hari ni agak nyer. yela pukul 2.30. dah nak dekat berbuka..hehehnak wat camner. bukan aku sengajakan. moral kat story aku ni. pasang la jam banyak banyak kat tepi telinga hehehe.

Tuesday, September 8, 2009

" Soalan Ramalan SPM 2009 "

Soalan Ramalan SPM 2009 Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?
A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu

Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?
A: Alfonso D’ Albuquequer
B: Albontot D’ Abukaki
C: Al apobondo nih
D: Al..Al..Alpa romeo

Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?
A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.

Siapakah pegawai British di Sarawak?
A: James Brook
B: James Beruk
C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot
E: Khalid Jamlus

"EXAM"

tengok kertas jawapan ni teringat zaman masa amik spm dulu pening kepala nak jawab lagi teruk kalau solan math lagi la. 5 minit je jawab. lagi 2 jam tido hahahhaha.dah la masa exam tu bulan puasa nasib baik la kau puasa penuh.ermm.

Monday, June 1, 2009

"YG LAMA"

"BERTEMU" KESELATAN KE UTARA KETIMUR KEBARAT HUJUNG DUNIA BERTEMU JUA GELAK GELAK DOK KENA SAKAT WAWA..LAMA TAK JUUMPA CAMNI.. SESEKALI JUMPA RIUH SEKAMPUNG TERINGAT MASA ZAMAN SEKOLAH.. TETAPI KITA HANYA BOLEH KENANG.. DAH TAK BOLEH PATAH BALIK KEBELAKANG.. MACAM MANA SEKALI PUN TIME SCOL MEMANG BEST.. CUMA SEKARANG KITA KENA MENCIPTA KEHIDUPAN YANG KITA PERLUKAN.. YG KECIL SEMAKIN REMAJA. REMAJA SEMAKIN DEWASA . DEWASA SEMAKIN TUA. TUA SEMAKIN KE HUJUNG NYAWA. ITULA PUTARAN DUNIA.....

Saturday, May 23, 2009

"MUTIARA KATA"

Lindungi kesedihan dengan senyuman meskipun dihati penuh kedukaan kerana itu menunjukkan adanya kesedihan.

Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah

Sunday, May 10, 2009

"MUTIARA KATA"

"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."

Friday, May 1, 2009

"UTAMAKAN PASANGAN YG TIDAK MEROKOK"

Bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok. Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga. Rokok adalah pembaziran.
Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa. Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

Monday, April 20, 2009

"DOSA KER"

ERM TAKDE NAMA LAIN KER NAK LETAK. NAM DOSA CONER GAK YG DILETAK PELIK AKU. KORANG NAK PERGI KEDAI NI. ENTAH APER YG DIJUAL TAK TAU LA. DOSA TAK PEGI KEDAI NI . LU PIKIR LA SENDIRI

Wednesday, April 15, 2009

"REMPITAN"

LAMA TAK MEREMPIT .TU ZAMAN MUDA MUDA LA SKANG NI AKU DAH TUA NAK CARI DUIT. NAK KAHWIN NAK ADE KELUARGA TETAPI KEKADANG BAWA LAJU GAK. TAPI AKU LAJU SESEORANG. TAK AJAK PUN ORANG BERLUMBA.] KALAU ADE AJAK PUN AKU TAK NAK

Saturday, April 4, 2009

"SAPER KAWEN SAPER"

Rizal ialah seorang lelaki bertubuh kecil yang menjadi saksi suatu kes berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya,"adakah anda sudah berkahwin?". "Sudah, Tuan." jawab Rizal dengan suara yang tersekat-sekat. Peguam : "Sudah berapa kali, kamu berkahwin" Rizal : "Sekali sahaja.", Peguam : "Dengan siapa kamu berkahwin?", Rizal : "Seorang perempuan, Tuan!" Kerana panas mendengar jawapan dari Rizal, dengan marah, peguam berkata,"Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki?" , Rizal : "Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki tuan'

Thursday, March 26, 2009

"BUDAK SEKOLAH"


guru: saper saya nak tanya yer?

murid: saya , saya cikgu

guru : baikla saya tanya kamu,orang yang tidak boleh dengar dipanggil aper

murid : kiter boleh panggil dye pape pon sebab dye bukan leh dengar pon..

Monday, March 16, 2009

"MENANGIS OR KETAWA"

"::Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan skadar KETAWA, dan adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA::"

Sunday, March 8, 2009

"MENARIk..SAkIZT"

seseorang pernah berkata , "CINTA TIDAK PERLUKAN " Lalu seseorg lantas berkata "AKU SAYANG KAU SANGAT2 beb"Tapi dibalas oleh seseorang itu cakapkan padanya "LUPAKANLAH AKU..."Dan aku pernah terbaca seseorang tulis... "Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, DIA bagi saya kaktus berduri. Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi ulat berbulu. Saya sedih & kecewa. Namun kemudiannya, kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Allah. Indah pada masanya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA beri apa yang kita perlukan. kadang2 kita sedih, kecewa, terluka.... tapi jauh diatas segalanya DIA sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita..."Inilah Kehidupan ,sakit tetapi indah, Pelik tapi menarik.....

Tuesday, February 24, 2009

"RINDU"

'KADANG2 ALLAH MENJARAK KAN HUBUNGAN KITA.. KEMUDIAN "DIA" DATANGKAN PULA DUGAAN..PUAS KITA MENCARI MANA ORANG KESANGAN KITA.. RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA SEBUAH KERINDUAN YG BERPANJANGAN..... ..

Tuesday, February 17, 2009

"EMBUN HIDAYAH"

Menjelang Maghrib, seorang pakcik tua terbongkok2 dgn tongkatnya menuju ke masjid. Beberapa kali dia hampir terjatuh.. tetapi sempat dikawal menggunakan tongkatnya. Berhampiran di pintu masjid, pakcik tersebut tersadung batu sehingga tubuhnya terhuyung-hayang ke depan. 'untunglah' seorang pemuda yang kebetulan berada disitu sempat memegang bahu pakcik tersebut sehingga dia tidak jatuh.kemudiannya, pemuda tersebut memimpin saudara tersebut sampai kepintu masjid. Selesai solat, lelaki tua tadi baru menyedari bahawa pemuda yang membantunya sebentar tadi tidak turut solat berjemaah. Dilihatnya pemuda tersebut duduk termenung di pintu masjid tanpa melakukan apa2 pun. "wahai pemuda, kamu sudah membantuku menuju kemasjid, tetapi mengapa kamu sendiri tidak solat?" tanya lelaki tuasambil menghampiri pemuda itu. "saya tidak mungkin solatpakcik... saya anak IBLIS." Lelaki tua tersebut t'peranjat, tetapi dia masih bertanya, " kalau kamu anak iblis, kenapa kamu berusaha menolongku ketika aku hampir jatuh?". "Ayahku sudah lama perhatikanmu. Ia sgt marah kerana setiap kali kamu t'huyung-hayang... dilihatnya dosa-dosamu berguguran.Ketika kamu hampir jatuh, ayahku takut dosamu akan habis sama sekali, sehingga disuruhnya aku membantumu berjalan menuju ke masjid"... hayatilah...

Saturday, February 14, 2009

"RENUNGAN BERSAMA"

Bila ???? cepat makbulkan Doamu, Maka ???? Menyayangimu,Bila ???? Lambat Makbulkan doamu, Maka ???? Ingin Mengujimu,Bila ???? Tidak Makbulkan Doamu, Maka ???? Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ???? Dalam Apa Jua KeadaanPun... Kerana Kasih sayang ???? Itu Mendahului KemurkaanNya.Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak lupa. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.InsyaALLAH

Friday, February 13, 2009

"MUSUH"

"Bicara Dengan Bahasa Hati" Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta. Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang. Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan. Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan. Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran. Semua itu haruslah berasal dari hati anda.

Saturday, January 17, 2009

"KAWAN"

"KAWAN KAU PERLUKAN AKU ATAU TIDAK" awak masih PERLU kan sAya TAK..? !awk sAyAg kan SAYA TAK..?!sAya tAya awAk..jAwAb k.. ..awAk aAwAk PERLU sAya atau TIDAK..? !kalau kamu kata tidaK.. dENgAn sEndIrinya..sAya akAn aNgkAt kaki saya & PERGIdari hIdUp mu agar kamubahagia hIdup TANPA..saya...!!! daku akan mEnjAwAb terima kasih kerana kamu sudi.. .melayan kerenahku ini & kita tetapkan berkawan untuk.. selamanye selagikamu memerlukanku....!!!